Saya tak percaya. Tapi bila fikir-fikir balik. Mungkin juga kita boleh mengagak perangai seseorang dengan hanya melihat alamat email nya. Tapi tak semestinya tepat. Boleh jadi betul, boleh jadi tak betul.
Artikel di bawah ini ada mencatatkan beberapa info mengenai sikap seseorang disebalik nama email yang digunakan. Cuba baca dan nilaikan sendiri.
Adakah info ini boleh dipercayai atau tidak? Terpulang kepada kebijaksanaan anda.
Kalau tanya saya, saya anggap ini semua termasuk dalam teknik psikologi membaca sikap orang melaui kecenderungan @ gaya penulisan seseorang itu.
Saya lebih menganggap info ini sekadar suka-suka saja. Kadangkala betul, dan banyak juga yang tak betulnya.
Apa-apapun, anda baca dan check sendiri. Ada yang ‘terkena’ tak? huhuhu

- Email yang menggunakan “Nama Penuh”
Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. Tapi ingat, jangan cuba hendak memperlekehkannya.
- Email yang menggunakan “Nama Depan Dan Tengah”
Tanpa nama bapanya ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.
- Email yang menggunakan “Nama Dan Tahun”
Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya. Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan. Pendek kata dia juga menunjukkan pegangan yang mudah berubah-ubah.
- Email yang menggunakan “Nama Samaran”
Hehehe… ramai yang suka buat email begini.. Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain. Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan oarang selesa berada di sisinya. Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.
- Email yang menggunakan “Nombor Dan Abjad”
Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu “membuka” dirinya kepada seseorang. Itupun jika kepercayaannya mampu diraih. Jika tidak … kirim salam sajalah….huhu
So, sekarang, cuba perhatikan alamat email anda. Cuba nilaikan dengan apa yang tercatat di atas. Haa amacam? Ada yang betul tak? Ker langsung tak boleh pakai…hehehe

No comments:
Post a Comment