Assalamualaikum....dan Salam Sejahtera...

Terima kasih kerana melayari blog ini.. Blog ini wujud atas dasar ingin membantu pelajar-pelajar mendapatkan nota tambahan bagi modul ETE 315 @ Asas Sistem Berdigit. Di harapkan pelajar lebih memahami berkaitan modul ini selain daripada pnp di dalam kelas...

Mohon maaf sekiranya terdapat banyak kekurangan di dalam blog ini.. Sebarang kesalahan harap diberitahu untuk diperbetulkan...
Showing posts with label Kata-kata.... Show all posts
Showing posts with label Kata-kata.... Show all posts

12 Oct 2010

Cuti Belajar...

Salam...

Hai... semua.. maaf la sbb dah lama tak upload nota dan latihan tambahan. untuk pengetahuan, saya sekarang ni sedikit sibuk dengan urusan untuk menyambung pengajian. Alhamdulillah, saya akan menyambung pengajian di UniMAP pada 4 Januari 2011. Sekiranya saya ada kelapangan, saya akan update blog ni.. sekiranya tidak, maaf saya pinta terlebih dahulu..

Ok.. doakan kejayaan saya...

9 Dec 2009

ANDA DI MANA???

CIRI-CIRI PELAJAR BERMOTIVASI TINGGI
1) dia ingin pergi ke sekolah  awal pada setiap hari.
2) pada masa lapang dia menjalankan aktiviti berfaedah. cth, pergi perpustakaan.
3) dia suka membaca dan gemar belajar.
4) dia menganggap peperiksaan sebagai satu cabaran dan bukannya beban.
5) dia sentiasa menyiapkan kerja rumah.
6)dia sentiasa melibatkan diri dlam kelas dan sentiasa bertanya kepada guru.
CIRI-CIRI PELAJAR BERMOTIVASI RENDAH
1)dia tidak suka belajar dan pergi sekolah.
2)dia tidak suka membaca dan benci jika ada ujian atau peperiksaan.
3)dia mendapati mata pelajaran yang dipelajari membosankan.
4)dia tidak ingin menjawab atau bertanya dalam kelas.
5)dia jarang mengambil bahagian dalam aktiviti pelajaran.
6)masa lapangnya diisi dengan aktiviti bermain dan membuang masa.
7)dan lain-lain lagi.

JADI, ANDA BERADA DI KUMPULAN MANA?BERMOTIVASI TINGGI ATAU RENDAH? SENTIASALAH MEMBUAT PERUBAHAN SIKAP KE ARAH KEBAIKAN!

19 Oct 2009

Hello, kawan-kawan...
Clipart of books; Size=248 pixels wide
Tahukah kawan-kawan bahawa kadang-kadang kita mudah terlupa dengan pelajaran atau apa juga ilmu serta perkara yang baru kita pelajari sama ada di sekolah atau di rumah. Tahukah kawan-kawan bahawa
 
ANDA LUPA KERANA...
1)kurang tumpuan
2)kurang teliti
3)kurang minat
4)fikiran melayang atau berkhayal ketika membaca
5)sudah lama berlalu dan tidak diulangkaji
6)dan lain-lain lagi.
 
Betul ke tak?? Bila dah tau punca, bagaimana kita nak atasinya??...

Caranya ialah :
1) tumpukan sepenuh perhatian ketika melaksanakan sesuatu tugas
2) tingkatkan minat terhadap pelajaran
3) mengulangkaji pelajaran secara berterusan dan bersistematik
4)dan lain-lain lagi.
Jangan asyik belajar sepanjang masa. Amalkan juga makanan yang seimbang dan bersenam pada setiap hari. Ingat, kesihatan badan juga perlu dijaga.LAGIPUN, bukankah badan yang cergas menghasilkan minda yang cerdas!

Dari blog http://juniorsixlove.tripod.com/id4.html

20 Jul 2009

Meningkatkan Memori..

Meningkatkan Memori... Jom kita baca (dipetik dr blog http://www.drinspirasi.com)
memory

1. Pastikan anda berada dalam keadaan sedar dan fokus untuk mengingat.
2. Jika sesuatu itu memerlukan pemahaman yang mendalam, pastikan anda memahaminya terlebih dahulu.
3. Cuba kategorikan idea, atau perkara yang anda ingin ingat. Ini memudahkan lagi untuk diingati oleh otak.
4. Cuba kaitkan ilmu baru yang anda pelajari tersebut dengan perkara yang sedia ada. Cuba cari perkaitan antara perkara yang anda tahu dengan idea baru yang baru dipelajari.
5. Gunakan sebanyak mungkin deria anda dalam mengingati perkara tersebut. Contohnya untuk deria pendengaran anda boleh memasukkan bunyi pelik, lagu untuk menambah lagi kekuatan daya ingatan anda. Untuk visual, anda boleh melukis atau menggunakan imaginasi anda. Otak sukakan sesuatu yang pelik dan ‘extreme’. Maka pastikan deria anda meng’extreme’kan perkara yang anda cuba ingatkan.

6. Guna teknik mnemomik-iaitu formula atau irama yang membantu anda dalam mengingat.

7. Sentiasa mengulang perkara yang anda ingin ingat. Semakin kerap anda mengulang, semakin kuat ia tertanam dalam otak anda.

8. Ulangkaji semula perkara yang anda ingin ingati sebelum anda masuk tidur, dengan membuat demikian ini membantu anda untuk lebih mudah ‘memanggil’ perkara tersebut pada esoknya.

9. Perkara menarik adalah lebih mudah untuk diingati. Jadikan perkara yang ingin diingati itu menarik!

Semoga tips ringkas ini memberi manfaat kepada anda.
Salam inspirasi! :-)

14 Jun 2009

Selamat Datang...

Assalamualaikum... 

Blog ini dibangunkan khususnya untuk pelajar-pelajar Kolej Komuniti Arau Perlis. Tujuan asal untuk membangunkan blog ini adalah untuk memudahkan pelajar-pelajar Sijil Teknologi Elektrik untuk mencari bahan rujukan. Kesukaran pelajar-pelajar yang kebanyakkannya bukan di kalangan orang berada membuatkan saya terfikir untuk membantu mereka dari segi capaian internet. Semoga apa yang dimuatkan dalam blog ini sedikit sebanyak membantu mereka dalam proses pembelajaran.. InsyaAllah...